Langkau ke kandungan

Belajar Buku Akaun PKS

9 pelajaran ringkas, ikut turutan, untuk bantu anda mula guna Buku Akaun PKS dengan yakin — daripada muat turun sehingga apa yang perlu diserahkan kepada akauntan pada akhir tahun.

Percuma, tanpa daftar9 pelajaran

Contoh berisi (data rekaan) — untuk latihan. Untuk rekod sebenar, guna templat kosong di halaman Buku Akaun.

Muat turun contoh diisi (891 KB)

Contoh-Kedai-Runcit-Contoh-v1.0.2-sampel.xlsm · SHA-256: 1c730ae0fdfdd68b276a398ccc4a54033467a76067c8b73808e218644f2e7be3

Muat turun & bukaMuat turun Buku Akaun PKS, buka dengan selamat dalam Excel, dan faham apa yang tetap berfungsi walaupun makro tidak didayakan.Tetapan perniagaan & baki awalIsi profil perniagaan, tahun kewangan, pemilik/rakan kongsi dan baki pembukaan di helaian Tetapan — sekali sahaja pada awal tahun — supaya semua laporan dan cukai dikira dengan betul.Rekod jualan/terimaanRekod jualan tunai terus di Buku Tunai, rekod jualan kredit di Invois Jualan, dan catat bila pelanggan bayar.Rekod belanja/bayaranRekod belanja yang dibayar terus di Buku Tunai, rekod bil pembekal yang belum dibayar di Belian Kredit, dan catat bila bil itu dibayar.Cetak invois (reben)Pilih invois yang telah direkodkan di Invois Jualan dan cetak/simpan sebagai PDF menggunakan tab reben khas 'Buku Akaun PKS'.Penyesuaian bank bulananSetiap akhir bulan, bandingkan baki 'Bank' yang dikira oleh Buku Tunai dengan penyata bank sebenar, dan betulkan sebarang transaksi yang tertinggal atau tersilap sebelum teruskan ke bulan berikutnya.Laporan bulanan & akhir tahunBaca laporan yang dikira automatik sepanjang tahun (Ringkasan Bulanan, Untung Rugi, Kunci Kira-kira dan lain-lain), dan isi helaian Akhir Tahun sekali sahaja pada penghujung tahun kewangan.Zakat perniagaanFaham anggaran zakat perniagaan (2.5% mengikut kaedah MAIPs) di dalam helaian Cukai, dan bezakan daripada rebat zakat yang telah DIBAYAR.Apa yang diserahkan kepada akauntan pada akhir tahunSenarai semak ringkas apa yang perlu disediakan dan dihantar kepada akauntan selepas tahun kewangan tamat, supaya pemfailan cukai berjalan lancar.

Belum muat turun fail Buku Akaun PKS lagi? Muat turun di sini dahulu, kemudian ikut pelajaran mengikut turutan.

Perlukan bantuan langsung?

Jika ada langkah yang tidak jelas atau anda tersangkut, hubungi kami di WhatsApp — NTMS boleh bantu semak buku akaun anda.