Buku Akaun PKS (Excel)
Satu fail Excel untuk perniagaan kecil dan sederhana merekod buku tunai, invois jualan, belian, aset dan laporan akhir tahun bagi Tahun Taksiran 2026 — dengan makro pilihan untuk kemudahan tambahan seperti cetak PDF terus.
Buku-Akaun-PKS-NTMS-YA2026-v1.0.2.xlsm · SHA-256: 5d5e45d69bec56d2b137e1942e47bf6e1a3b553a88c87cb6311b242e5147fd0c
Baru pertama kali guna templat ini? Ikut panduan 9 pelajaran, langkah demi langkah.
Belajar cara gunaApa yang ada di dalam
23 helaian, dibahagikan seperti berikut:
Panduan
- Mula
- Panduan
- Cara Guna Makro
Tetapan
- Tetapan
- Kategori
Input harian
- Buku Tunai
- Invois Jualan
- Belian Kredit
- Daftar Aset
- Akhir Tahun
Laporan (dikira automatik)
- Ringkasan Bulanan
- Untung Rugi
- Kunci Kira-kira
- Imbangan Duga
- Aliran Tunai
- Hutang Bulanan
Semakan & cukai
- Semakan
- Pelepasan
- Cukai
- Jadual Cukai
Lain-lain
- Cetak Invois
- Senarai
- Penafian
Cara buka dengan selamat
Fail ini boleh digunakan walaupun makro dimatikan atau tidak dibenarkan.
Semua formula, jumlah dan laporan dikira seperti biasa. Makro hanya menambah kemudahan pilihan — bukan syarat untuk fail ini berfungsi.
Windows
Excel menyekat makro pada fail yang dimuat turun daripada internet. Klik kanan fail yang dimuat turun → Properties → tandakan "Nyahsekat" (Unblock) → OK, sebelum membukanya.
Mac
Excel akan bertanya sama ada hendak membenarkan makro apabila fail dibuka kali pertama. Boleh klik "Enable Macros" atau "Disable Macros" — kedua-duanya selamat digunakan.
Ciri yang perlukan makro
Jika makro tidak dibenarkan, hanya ciri di bawah yang tidak berfungsi — formula, jumlah dan laporan tetap berjalan seperti biasa.
- TambahBaris — dedahkan 100 baris kosong seterusnya di Buku Tunai
- PadamBaris — padam kandungan satu baris di Buku Tunai
- TapisBulan / BuangTapisan — papar Buku Tunai satu bulan sahaja, atau kembali papar semua
- CetakInvois — simpan satu invois terus sebagai PDF
- SimpanPDFAktif / SimpanPDFSemua — simpan helaian semasa, atau ketujuh-tujuh helaian laporan, sebagai PDF
- Semak — lompat terus ke baris pertama yang perlu disemak, jika ada
- KosongkanData — AMARAN: padam semua data urus niaga untuk mula tahun kewangan baharu — tidak boleh dibuat asal
Maklumat umum, bukan nasihat
Templat ini membantu anda rekod dan susun data perakaunan sendiri. Ia bukan pengganti akauntan — angka dalam laporannya perlu disemak sebelum digunakan untuk cukai atau keputusan perniagaan. Jika anda perlukan bantuan menyemak atau memfailkan, hubungi kami di WhatsApp.
Perlukan bantuan menyemak buku akaun anda?
NTMS ialah firma cukai dan perakaunan di Kangar, Perlis. Bawa Buku Akaun PKS yang telah anda isi ke WhatsApp dan kami bantu semaknya.
